KAB Gold Map for Ultimate Succes
Semuanya bermula dengan angan-angan. Kadang-kadang terbawa sampai ke dalam mimpi.
Kemudian ia diangkat menjadi impian. Selepas itu strategi disusun agar ia menjadi matlamat yang lebih terang dan jelas.
Setiap hari ia disebut dan didoakan agar menjadi kenyataan. Setiap masa bersangka baik dengan keyakinan bahawa tidak ada yang mustahil untuk dicapai dengan izin Allah SWT.
Itulah titik tolak bermulanya kejayaan.
“Whatever the mind can conceive and believe, it can achieve” ~ Napoleon Hill.
Jika kalian boleh berfikir tentang matlamat tertentu, dan jika kalian percaya bahawa kalian boleh mencapainya, besar kemungkinan ia akan dapat dicapai.
Syaratnya, kalian mesti menambah elemen-elemen lain supaya keinginan itu menjadi semakin kuat.
Tanpa keinginan yang kuat, tiada siapa pun yang akan berusaha untuk mencapai apa-apa dalam hidupnya.
Selamat datang ke KAMUS ~ KAB Gold Map for Ultimate Success.
Ia seringkali digambar dalam pelbagai perkataan.
Perkataan-perkataan itu pula menunjukkan tahap keseriusan seseorang dalam mencapai matlamat tersebut.
Mimpi, angan-angan, cita-cita, impian, harapan dan pelbagai lagi perkataan yang membawa maksud yang serupa bergantung kepada konteks penggunaannya.
Dalam konteks yang luas sebagai manusia, apa matlamat hidup kita dunia? Apa pula yang ingin kita capai untuk kebahagian hidup di akhirat?
Di KAB Gold, setiap pelanggan mesti mempunyai matlamat apabila menyimpan emas. Gram emas bertambah, tabiat buruk berbelanja dapat dielakkan, nilai kekayaan semakin meningkat dan kedudukan kewangan semakin baik.
Begitu juga para Wakil Jualan, pasti ada sesuatu yang ingin dicapai daripada aktiviti perniagaan yang jalankan dengan bersungguh-sungguh. Pendapatan bertambah, empayar perniagaan semakin berkembang, kehidupan jadi lebih selesa dan lebih banyak manfaat boleh disebarkan kepada masyarakat.
Oleh itu, sebagai permulaan, setiap Wakil Jualan mesti mencapai beberapa asas penting dalam kerjayanya sebagai Wakil Jualan.
✅ Secepat mungkin menjadi GGM di KAB Gold.
✅ Mempunyai 250 orang pelanggan baharu yang mahir dan konsisten dalam masa 1 tahun (sekitar 20 orang sebulan).
✅ Mempunyai 1,000 orang pelanggan baharu yang mahir dan konsisten dalam masa 3 tahun.
✅ Mengumpul nilai jualan peribadi sebanyak RM250,000 dalam 1 tahun (sekitar RM21,000 sebulan).
✅ Mendapat pendapatan pasif sebanyak RM3,000 - RM4,000 sebulan dalam masa 3 tahun.
Rancang sebaiknya. Usahakan pelbagai inisiatif untuk mencapainya.
InsyaAllah, tidak ada sesuatu pun yang mustahil dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Buat dengan betul. Buat dengan sabar. Buat sampai jadi.
✅ Bercakap yang baik-baik sahaja.
Sabda Rasulullah SAW :
“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
[Riwayat al-Bukhari (6018)]
Sebagai Wakil Jualan KAB Gold, kita semua adalah duta yang mempromosikan imej KAB Gold di mata masyarakat.
Bercakap dengan baik dan tulislah perkara yang baik. Ia cerminan akhlak dan peribadi kita.
✅ Bersangka baik dengan Allah.
Allah maha berkuasa untuk memberi kejayaan dan mengatur kegagalan. Keimanan kepada perkara asas utama ini memberi kita energi untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat kita.
Jika berjaya kita bersyukur. Jika gagal kita bersabar. Kerana kita tahu hakikat baik dan buruk ini semuanya datang dari Allah.
Jadi, jangan risau sangat (over thinking). Kerja kita ialah berusaha. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.
✅ Berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang lain.
Ada ungkapan Inggeris yang menyebut :
“If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together”.
Jangan bekerja secara bersendirian. Bekerjalah secara berjemaah.
Hasilnya akan menjadi berlipat kali ganda. Keberkatan juga pasti ada di sana.
✅ Doa adalah senjata utama.
Jangan lupa untuk berdoa pada setiap masa. Kita mesti yakin bahawa Allah maha memperkenankan doa hamba-hambaNya yang berdoa dengan ikhlas dan hati yang tulus.
Firman Allah SWT :
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
[Surah Ghafir ayat 60].
Doa adalah senjata orang Mukmin. Untuk mencapai apa saja matlamat kita, banyakkan memohon kepada Allah.
Ambil masa beberapa jam sahaja dalam sehari untuk melakukan 5 Asas Kitaran Jualan.
Ingat, kita semua masih lagi bekerja makan gaji sebagai kerja hakiki. Tugas sebagai Wakil Jualan KAB Gold hanya sambilan sahaja.
Tetapi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan?
Usaha yang berterusan pada setiap hari pasti akan mendatangkan hasil yang menggembirakan jika dilakukan secara konsisten dan istiqamah.
Sabda Rasulullah SAW :
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
[Riwayat Bukhari (6465)]
Selaian 5 Asas Kitaran Jualan, Wakil Jualan juga boleh mengisi masa dengan menghasilkan penulisan atau infografik yang boleh membantu meningkatkan bilangan bakal pelanggan kepada perniagaan KAB Gold masing-masing.
0 TINDAKAN LUAR BIASA
1. Konsisten membeli setiap bulan atau setiap kali ada edisi terbaru dari KAB Gold.
2. Konsisten menambah ilmu tentang emas dan kemahiran-kemahiran yang lain.
3. Konsisten berkongsi apa saja ilmu dan kemahiran yang dimilik kepada orang lain.
4. Konsisten membina empayar emas yang mampu berurusan terus dengan KAB Gold.
5. Konsisten melakukan 5 Asas Kitaran Jualan dan hal-hal yang boleh menaikkan imej peribadi sebagai Wakil Jualan KAB Gold.
6. Konsisten memperkenalkan produk, platform dan model perniagaan KAB Gold kepada bakal pelanggan.
7. Konsisten menghadiri program-program yang dianjurkan oleh KAB Gold.
8. Konsisten membaca apa saja bahan bacaan yang berkaitan dengan emas untuk menambah pengetahuan ke tahap yang lebih baik.
9. Konsisten berbincang dengan introducer tentang bagaimana lagi boleh dipertingkatkan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi.
10. Konsisten menampilkan diri sebagai Wakil Jualan Kab Gold yang fokus dan berkaliber tinggi.
1. Jangan memandai-mandai sebelum merujuk kepada introducer.
2. Jangan sebar perkara yang negatif terutamanya kepada pelanggan dalam empayar kita.
3. Jangan masuk campur urusan orang lain yang boleh menimbulkan ketegangan.
4. Jangan mengambil bakal pelanggan Wakil Jualan lain untuk dijadikan pelanggan.
5. Jangan libatkan masalah peribadi dengan urusan perniagaan.
6. Jangan sesekali mengkritik, mengecam atau mengadu apa saja hal yang dirasakan tidak sesuai dengan selera kita.
7. Jangan burukkan mana-mana pesaing kepada KAB Gold.
8. Jangan suka mencari alasan demi untuk menutup kelemahan diri sendiri.
9. Jangan melakukan perkara keji, maksiat dan tidak bermoral.
10. Jangan mudah berputus asa dan tergopoh gapah dalam setiap usaha yang dilakukan.
1. Niatkan segala pekerjaan sebagai ibadah kerana Allah dan mengharapkan keredhaanNya.
2. Tekadkan diri untuk menjadi manusia terbaik yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
3. Tidak berkira untuk berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi melakukan kebaikan.
4. Tidak jemu-jemu untuk belajar demi memperbaiki diri sendiri.
5. Istiqamah dan konsisten dalam apa saja usaha yang dilakukan.
6. Beri fokus dan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti perniagaan KAB Gold.
7. Berfikiran kreatif dan bergerak dengan bijaksana tanpa perlu disuruh atau diberi arahan.
8. Sentiasa bersyukur dan menghargai segala kurniaan rezeki dari Allah SWT.
9. Sentiasa bersabar dengan cabaran dan kesusahan yang menjadi asam garam dalam perniagaan.
10. Merendah diri dan bergantung harap hanya kepada Allah SWT.